TAWAU - Seorang individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kebakaran kira-kira 60 buah rumah setinggan melibatkan Blok 6, 7 dan 8 di hujung Kampung Titingan di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 47 tahun itu disyaki membakar rumah disewanya yang terletak di Blok 8 selepas berang dengan tuan rumah yangmenghalaunya keluar ekoran gagal membayar sewa rumah.

"Mengikut keterangan penduduk kampung, api bermula dari rumah yang diduduki oleh lelaki yang bernama Talak yang membakar rumah sewanya. Bagaimana pun motif sebenar tindakannya masih disasat," katanya dalam kenyataan.

Suspek dilihat ditahan kira-kira 2 pagi.

Dia juga didapati positif dadah.

Dalam kebakaran  kira-kira 12.45 tengah malam itu, lebih 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Seorang warga Indonesia, Sabon Ola, 83, maut dalam kebakaran itu yang dikatakan akibat sakit tua dan mempunyai masalah jantung. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penyelia di sebuah pasar raya cawangan Gong Badak, Kuala Nerus, terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000 akibat ditipu individu menyamar anggota polis dipercaya sindiket penipuan ‘Macau Scam’.
  • SIBU - Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di Taman Rejang pada jam 9.20 malam tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya menyelesaikan hampir 65 peratus kes jenayah yang disiasat, menjadikannya antara peratusan tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2017.
  • SUNGAI PETANI - Dua pengawal keselamatan mengalami kecederaan setelah diserang sekumpulan lelaki bermotosikal di hadapan sebuah perpustakaan di Jalan Kolam Air dekat sini awal pagi semalam.
  • GUA MUSANG - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipu helah mana-mana syarikat pinjaman berlesen untuk mendapatkan pinjaman wang.