TAWAU - Jabatan Imigeresen Malaysia (JIM) Tawau hari ini mengusir 302 warga Indonesia kembali ke negara asal menerusi Pelabuhan Tawau di sini.

Ketua Pejabat JIM Tawau, Noraini Rasi berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia lingkungan tiga bulan hingga 75 tahun itu dihantar ke Nunukan, Indonesia menggunakan dua kapal pada 2 petang ini.

"Pengusiran melibatkan PATI di Pusat Tahanan Sementara di Tawau (35), Kota Kinabalu (197) serta Sandakan (70)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka diusir mengikut Seksyen 34 Akta Imigresen 1959/1963 dan pengusiran ini adalah kali ketiga dijalankan bagi bulan ini selepas 9 dan 16 November masing-masing melibatkan 143 dan 56 PATI, yang kesemuanya warga Indonesia.

Katanya, JIM akan melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi menangani kehadiran Pati di negeri ini.

Noraini juga meminta masyarakat menyalurkan maklumat kepada JIM sekiranya mengetahui lokasi persembunyian Pati khususnya di Tawau. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JERANTUT - [VIDEO] Taktik seorang lelaki warga Thailand yang cuba melepaskan diri daripada ditahan pihak jabatan imigresen dengan mengaku dirinya rakyat tempatan asal dari Tanah Merah, Kelantan gagal.
  • JOHOR BAHRU - Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dipercayai cuba menyeludup keluar dan masuk ke negara ini, ditahan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini malam tadi.
  • TAWAU - Seramai 56 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS), di sini dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini.
  • BATU CAVES - Sekumpulan pekerja warga asing terkejut dan tidak menyangka akan diserbu pada hari minggu.