LABUAN - Seorang ibu nekad meredah api untuk menyelamatkan bayi perempuannya  berusia 14 bulan daripada rumah mereka yang sedang terbakar, dengan memeluk dan membawanya keluar menerusi pintu dapur dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari ini.

Ling Siew Lee, 40, berjaya menyelamatkan bayi perempuannya, Lim May Tung, yang berada di tingkat atas, sebelum rumah dua tingkat didiami mereka di Taman  Guan Huat, Pulau Buah di sini, terbakar.

Siew Lee dan bapa mertuanya, Lim Sing Sung, 70, menghadapi kesukaran bernafas setelah terhidu asap tebal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bilik operasi jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari dan menggegaskan dua jentera bersama 17 anggota ke lokasi.

“Kami berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian, tetapi sebahagian daripada rumah itu sudah pun musnah,” katanya.

Suami Siew Lee tiada di rumah ketika kejadian. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LANGAT - Kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang berjaya menyelamatkan diri sempat menyaksikan nenek, datuk, adik dan sepupunya ditetak oleh seorang lelaki yang memakai topeng sebelum rumahnya dibakar.
  • DUNGUN - 16 sekeluarga termasuk ibu dalam pantang bersama sepasang bayi kembar yang baharu berusia 13 hari hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Paya, Balai Besar, di sini dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari semalam.
  • BANDAR BAHARU - Seorang ibu tunggal menanggung kerugian berganda selepas wang simpanan RM10,000 yang dihimpun sejak 10 tahun lalu hangus dalam kebakaran di kediamannya dalam kejadian 3 petang semalam di Kampung Sungai Buloh di sini.
  • PONTIAN - Kekurangan sumber air menjadi cabaran buat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas yang bertugas memadam kebakaran pusat pelupusan sampah dekat Kampung Air Putih yang bermula sejak seminggu lalu.
  • KLUANG - Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Camry yang dipandunya hilang kawalan di kilometer (KM) 36, Jalan Yong Peng- Paloh, dekat sini, petang semalam.