SELAMA – Pemberian rumah buat generasi baru Felda dilihat sebagai suntikan semangat golongan itu sekali gus mewujudkan pembangunan ke arah transformasi bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk.

Seorang penduduk, Othman Mohd Noor, 56, berkata, jika dilihat secara menyeluruh, golongan generasi kedua di Felda masih aktif dalam bidang perladangan dan tanaman.

Menurutnya, apabila mereka meneruskan usaha tersebut sudah pasti memerlukan rumah untuk menetap di situ.

“Saya memang sambut baik apabila kerajaan meluluskan projek membina perumahan untuk generasi kedua Felda,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Generasi Baru Felda dan Penyampaian Skim Insentif Tanam Semula Lembaga Minyak Sawit Negara (MPOB), di sini, semalam.

Dalam majlis yang dirasmikan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin itu, seramai 246 peneroka dari peringkat satu, dua, tujuh dan lapan menerima skim insentif tanam semula berjumlah RM737,940.10.

Seorang lagi penduduk, Abd Halim Hassan, 59, berkata, dulu pendapatan dan ekonomi penduduk Felda kurang menyerlah, namun berbeza dengan hari ini.

“Pada saya, melalui perumahan generasi baru ini, mereka tidak perlu lagi bimbang kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja kepada peneroka tetapi anak-anak peneroka,” katanya.

Tambah Abd Halim, sambutan yang diterima terhadap rumah generasi kedua itu pasti mendapat sambutan kerana masih ramai yang memerlukan rumah.

“Malah saya yakin, setiap apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk membantu rakyatnya agar sentiasa hidup dalam keadaan lebih selesa,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang nafi gagal membina rumah mampu milik (RMM) setelah hampir 10 tahun memerintah negeri ini.
  • KUANTAN - Tindakan seorang penduduk mengutip dan menyimpan barang lusuh di rumahnya lebih 10 tahun lalu bukan sahaja membuatkan persekitaran di situ tercemar tetapi turut menjadi punca pembiakan nyamuk aedes di Lorong 18, Taman Tas di sini.
  • KLUANG - Kehidupan seorang ibu tunggal dua anak berubah selepas kematian suaminya sehinggakan terpaksa tinggal di sebuah pondok dua bilik yang hanya diasingkan dengan kotak di Kampung India Chamek di Paloh, dekat sini, sejak enam tahun lalu.
  • MARAN - Maklum balas pantas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad terhadap sistem aduan dalam talian diperkenalkan Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F) amat dialu-alukan dan dihargai jawatankuasa tersebut.
  • BUKIT KAYU HITAM - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Cap) menggesa pihak pengurusan Felda Bukit Tangga di sini mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jalan yang menjadi laluan utama kira-kira 90 peneroka di situ.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.