KOTA KINABALU - Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan banjir di dua kampung di Kota Belud, menyebabkan 29 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah malam ini, mangsa banjir itu dipindahkan ke Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud sejak 7 malam tadi.

Dua kampung yang terjejas itu ialah Kampung Donggoi dan Kampung Marajah, disebabkan paras air di dua daripada tiga sungai utama di daerah berkenaan mencapai paras bahaya.

Paras air Sungai Abai mencatat bacaan tertinggi 5.65m, diikuti Sungai Tempasuk (5.40m), manakala Sungai Kadamaian berada di paras normal. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Sebanyak 1,685 orang daripada 719 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga jam 8 pagi ini berbanding 1,613 daripada 692 keluarga malam tadi.
  • JOHOR BAHRU - “Hujan lebat dalam masa lima minit, air terus naik masuk dalam rumah, kami hanya sempat selamatkan barang penting dan arahkan cucu-cucu yang masih kecil ke balai raya,” luah Lahawiyah Abdul Latif, 69, penduduk Jalan Permatang 7, Kampung Kempas Baru, di sini.
  • GEMAS - Hujan lebat berterusan selama hampir dua jam menyebabkan lapan rumah penduduk di Taman Molek, di sini, dilanda banjir kilat.
  • KOTA BELUD - Seramai 120 mangsa daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak semalam.
  • ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 46 mangsa banjir daripada 13 keluarga berikutan limpahan air sungai berdekatan di kawasan Bukit Pinang dekat sini, ditutup sepenuhnya 10.30 pagi ini.