TAWAU - Polis menahan dua suspek lelaki warga Indonesia hari ini bagi membantu siasatan berhubung bayi perempuan berusia lapan bulan yang dilarikan dihadapan rumahnya di Kampung Rawa Rawa, Batu 4, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, selepas penahanan dua suspek berusia 37 dan 38 tahun itu beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya tangkapan itu dilakukan selepas mangsa yang ditemukan ditinggalkan di bahagian belakang sebuah kedai kosong di Batu 24, Jalan Apas oleh ibu saudaranya kira-kira jam 8 malam.

"Ibu saudara mangsa telah dihubungi suspek dan bayi itu dibebaskan dipercayai selepas bapa mangsa membuat transaksi kepada suspek sebanyak sebanyak Rp100 juta (RM33,332.58) ke dalam akaun bank atas nama 'syamsul'. Transaksi itu adalah sebagai pembayaran hutang dadah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata, siasatan awal kejadian bayi itu dilarikan disyaki berikutan bapa mangsa kini dipenjarakan di Samarinda, Indonesia telah  memperkenalkan pembeli dadah jenis Syabu dari Indonesia tetapi pembeli tersebut gagal membayar dan gagal dikesan.

"Ekoran itu, individu bernama Jai dan Iskandar telah beberapa kali berjumpa dengan ibu mangsa untuk menuntut wang sebagai ganti rugi sehingga membawa kepada kejadian itu berlarutan dan mangsa diculik," katanya.

Semalam dilaporkan, seorang bayi perempuan dilarikan seorang lelaki di rumahnya di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, di sini dan kehilangan bayi itu disedari oleh ibu saudara mangsa kira-kira 6.15 pagi.

Kejadian itu dikaitkan dengan suspek menuntut wang RM100,000 berkaitan hutang dadah daripada bapa mangsa. - Bernama

 

 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Polis Perak berjaya menyelesaikan kes culik seorang remaja berusia 17 tahun dan mendapatkan kembali wang tebusan RM175,400 di dua serbuan berbeza di Pulau Pinang dan Johor, 5 September lalu.
  • SERI ISKANDAR - Penduduk di sekitar Seri Iskandar, gempar apabila tular dalam aplikasi WhatsApp mendakwa terdapat dua murid sebuah sekolah rendah di sini hampir diculik oleh penjenayah yang menaiki van putih.
  • JOHOR BAHRU - Seorang operator tidak menyangka anak ketiganya dilahirkan pada tarikh keramat 16 September ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia.
  • BACHOK - Seorang aktivis tempatan dan juga sukarelawan pertubuhan orang kelainan upaya (OKU) negeri ini, kehilangan bayi sulungnya akibat komplikasi dalam kandungan kelmarin.
  • KUALA KRAI - Tiga beranak berdepan detik cemas setelah kereta dinaiki dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Batu Jong,kira-kira jam 10.30 malam, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.