MIRI - Dua budak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun ditahan di Limbang petang tadi bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan penderaan seksual ke atas budak perempuan berusia sembilan tahun di Limbang, malam semalam.

Kedua-dua suspek didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stor baja di Kampung Palas pada 7.10 malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas ibu mangsa yang berusia 32 tahun, seorang pekerja ladang, membuat laporan polis.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata wanita itu memberitahu polis, beliau terjumpa anaknya berbaring di atas tilam tanpa pakaian dari pinggang ke bawah selepas kali terakhir beliau melihat anaknya bermain dengan kedua-dua budak lelaki itu. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR GUDANG - Dua pembantu sebuah klinik swasta di Taman Rinting, di sini trauma selepas menjadi mangsa gangguan seksual daripada dua lelaki tidak dikenali sejak Julai lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.