MIRI - Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui awal pagi ini.

Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi ini kerana  kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang Edmund D. Mahai Amboh berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 7.36 pagi ini melaporkan mengenai kemunculan reptilian tersebut.

Buaya itu akhirnya berjaya ditangkap berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.

“Bomba menangkap buaya tersebut setelah menutup kepala serta mengikat kesemua kakinya dan ia akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan susulan,” katanya ketika hari ini.

Untuk rekod, bandar Limbang terletak lebih 250km dari bandar raya Miri dan dipisahkan oleh sempadan Brunei. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEMAS - Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan masih belum menerima sebarang aduan berhubung imej seekor buaya yang dikatakan dilihat di sungai Kampung Pasir Besar, di sini, semalam.
  • JOHOR BAHRU - “Nasib baik kami jumpa ketika sedang kerja dan sudah mahu balik, kalau tak memang tak jadi kerja” kata seorang pekerja selenggaraan yang video rakamannya melihat seekor buaya di perairan Pantai Lido, di sini, menjadi tular semalam.
  • MARANG - Nelayan sungai Pengkalan Berangan di sini, bimbang dengan kehadiran 'sang bedal'di tebing lubuk di kawasan Kuala Chador dan Kuala Temala sejak tiga hari lalu.
  • KABONG - Seekor buaya jantan dikenali dengan gelaran ‘Bujang Emplam’ yang dipercayai telah mengorbankan tujuh mangsa sejak tahun 2007, akhirnya tewas apabila termakan jerat yang dipasang di tebing Sungai Sebelak berhampiran jeti Kampung Emplam, Kabong, pada 7.46 pagi ini.
  • KEMAMAN - Igauan dan ketakutan penduduk terhadap seekor buaya tembaga yang kerap dilihat timbul dan berjemur di tali air Kampung Paman, di sini, sejak tiga bulan lalu berakhir apabila reptilia itu berjaya ditangkap kira-kira jam 5 petang semalam.