KUCHING - Swift Wildlife Action Team (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya menangkap seekor buaya berukuran 2.27 meter dalam operasi penakaian dan pemindahan buaya di Sungai Undey, Pusa, kira-kira 300 kilometer dari sini.

SFC dalam kenyataan berkata, buaya betina itu ditangkap pada Jumaat lalu selepas lapan hari operasi dilakukan ekoran serangan buaya yang telah mengorbankan Besimilah Rajali, 36, ketika dia sedang mengikat batang rumbia di sungai tersebut pada 9 Mac.

“Operasi penakaian dan pemindahan buaya dilaksanakan oleh unit SWAT dari ibu pejabat SFC dan Pejabat Wilayah Sibu. Tujuh cangkuk berserta umpan telah dipasang dalam lingkungan tiga kilometer di sepanjang Sungai Undey menuju ke muara sungai tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemui, dipercayai serangan buaya]    

“Buaya betina yang ditakai berjaya ditangkap kira-kira 100 meter daripada lokasi serangan,” kata kenyataan itu.    

SFC berkata, unit SWAT akan meneruskan pemerhatian di kawasan tersebut dan buaya yang dikira boleh mendatangkan bahaya akan ditakai dan dipindahkan keluar daripada sungai. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JERANTUT - Penduduk Kampung Kelola, Pulau Tawar, di sini digemparkan dengan kemunculan beberapa ekor buaya di persisir sungai sebuah pulau kecil, Sungai Pahang.
  • BAGAN SERAI - Penduduk di dua kampung di sini gempar apabila buaya yang didakwa dilihat di Sungai Kurau berhampiran Kampung Padang Lalang lebih dua minggu lalu, muncul di kawasan mereka sejak seminggu kebelakangan ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.