SIBU - Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, hari ini.
   
Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.
   
Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.
   
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.
   
Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.
 
Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
   
"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.
   
"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.
   
Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.
   
"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.  - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Video yang dimuatnaik oleh seorang wanita menunjukkan penumpang tren LRT 'tiada perasaan' ketika beliau berdiri sambil mendukung bayi viral hari ini.
  • SIBU - Lima terselamat manakala empat lagi masih hilang selepas perahu panjang yang dinaiki mereka karam di Long Buyun di Daerah Belaga lewat petang semalam.
  • LANGKAWI - Dua warganegara asing berjaya diselamatkan selepas kapal layar yang dinaiki terbakar berdekatan Pulau Lalang, dekat sini, semalam.
  • KEMAMAN - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan pada bot yang dinaiki empat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Kemaman kira-kira dua bulan lepas.
  • TANJONG KARANG - Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, dihentikan kira-kira 7 malam ini.