KUCHING - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Betong membantu mengeluarkan dua orang murid daripada kebun keluarga mereka di Nanga Sekulam yang dinaiki air pagi tadi.

Kedua-dua murid perempuan itu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entaban dipercayai bermalam di kebun tersebut sejak semalam.

"Pihak sekolah memang tahu kadang kala mereka berdua bersama ahli keluarga mereka akan bermalam di pondok di kebun itu (jika tidak pulang ke rumah di Kampung Mujan).

“Pagi tadi hujan agak lebat, saya kemudian menghubungi ibu kanak- kanak tersebut sebelum dimaklumkan anak-anaknya tidak dapat ke asrama kerana jalan di kebun mereka dinaiki air akibat hujan lebat," kata Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Nanga Entaban, Florida Lingoh ketika dihubungi.

Beliau berkata beliau kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan bagi membawa semula dua adik-beradik itu ke asrama mereka. - Bernama  

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KINABATANGAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah membina semula 15 rumah yang terbakar di negeri ini.
  • TAIPING - Pihak bomba sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi pelbagai kemungkinan kejadian kemalangan mahupun kebakaran sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
  • SERI MANJUNG - Penubuhan pasukan bomba sukarela (PBS) diharapkan dapat mencapai sasaran masa tindak balas (respon time) sebelum sepuluh minit anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di lokasi kejadian kecemasan.
  • KUALA TERENGGANU - Walaupun jumlah panggilan kecemasan menunjukkan penurunan, nilai kerugian akibat kebakaran di seluruh negara meningkat kepada RM5 bilion pada tahun lalu berbanding RM4.5 bilion yang direkodkan pada 2016.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia jalankan pemeriksaan di semua lokasi yang akan digunakan ketika PRU14 termasuk pusat mengundi dan pengiraan undi.