MIRI – Kerajaan Negeri mencadangkan penggunaan Sarawak Pay, sistem mudah alih/mobil tanpa menggunakan wang, dalam kalangan sektor awam dan swasta bagi meningkatkan sektor pelancongan bandar raya Miri.

Ketua Menteri  Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, buat masa sekarang  Sarawak Pay dalam proses mendaftarkan lebih banyak sektor swasta menjadi rakan kongsi Sarawak Pay.

‘Dengan Sarawak Pay, mereka boleh membuat pembayaran di restoran menerusi telefon bimbit,” katanya pada jamuan malam ulangtahun Bandaraya  Miri anjuran Majlis Bandaraya Miri (MCC) malam tadi.

Sebagai tambahan kepada Sarawak Pay, beliau mencadangkan MCC agar dewan perbandarannya  mempunyai talian sendiri agar seiring dengan pembangunan pesat bandaraya Miri dengan Kerajaan  Negeri bersetuju membantu MCC dari segi kewangan untuk membina cadangan dewan perbandarannya.

Beliau juga mengulangi kesanggupan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakatan  Harapan (PH) untuk kebajikan rakyat Sarawak mengikut perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963. -Bernama