KOTA KINABALU - Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan banjir di lima kampung di Kota Belud, menyebabkan 119 mangsa daripada 36 keluarga terpaksa dipindahkan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa banjir itu dipindahkan ke Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud sejak petang tadi.

Lima kampung yang terjejas itu ialah Kampung Donggoi, Kampung Marajah, Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon dan Kampung Linau disebabkan paras air sungai utama di daerah berkenaan mencapai paras bahaya.

Paras air Sungai Abai mencatat bacaan paras bahaya iaitu 5.51m, diikuti Sungai Tempasuk (4.79m), manakala Sungai Kadamaian berada di paras normal. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUKAH - Kira-kira 1,350 penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubungi kawasan itu ditenggelami banjir.
  • MERSING - Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, jam 6 petang tadi.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri ini turun mendadak kepada 289 orang daripada 68 keluarga setakat 3 petang ini berikutan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
  • MIRI - Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam.
  • JOHOR BAHRU - Angka mangsa banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun sedikit pada pagi ini iaitu daripada 1,361 orang pada malam tadi kepada 1,360.