KOTA KINABALU - Keadaan banjir di Daerah Kota Belud kian pulih, apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Tun Said ditutup secara rasmi 12.30 tengah hari ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, proses menghantar pulang mangsa banjir  di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2 ke kediaman masing-masing kini sedang dilaksanakan.

Di Daerah Kecil Membakut, dalam kawasan Parlimen Kimanis pula, jumlah mangsa yang masih berada di PPS di Dewan Serbaguna Membakut ialah 99 orang daripada 38 keluarga. - Bernama