KUCHING - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman hari ini membantu menghantar dua orang guru dan lapan pengawas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke dua buah sekolah di Engkilili, kira-kira 207 kilometer dari sini, selepas jalan menuju sekolah berkenaan dinaiki air pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman, Kapten Pertahanan Awam (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata pihaknya menghulurkan bantuan selepas kenderaan ringan tidak dapat melalui jalan terbabit.

Katanya operasi penghantaran dilakukan oleh lima anggota menerusi Batang (Sungai) Undop  menggunakan bot.

“Proses bermula kira-kira 6.50 pagi, penghantaran pertama melibatkan seorang guru dan lima pengawas UPSR ke Sekolah Kebangsaan Ijok.

"Anggota kemudian meneruskan proses penghantaran kedua melibatkan seorang guru dan tiga pengawas ke Sekolah Kebangsaan Basi juga menerusi Batang Undop," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya keadaan cuaca di Engkilili ketika ini, Siti Huzaiman berkata secara keseluruhan cuaca adalah cerah. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Shafiq TinoAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor sasar memiliki kekuatan anggota sukarelawan seramai 90,000 pada tahun ini.
  • KUALA KRAI - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Kuala Krai membantu membawa dua pesakit dari Kampung Kuala Nal ke Hospital Kuala Krai, hari ini.
  • PORT DICKSON - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menjangkakan sebanyak 15 buah kampung dari empat mukim di daerah Port Dickson akan dilanda banjir akibat fenomena air laut pasang besar yang mana kemuncak fenomena itu berlaku adalah pada petang tadi.‎
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.