TAWAU - Kira-kira 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 60 rumah di blok 6, 7 dan 8 Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 12.55 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian dengan tiga jentera bersama 31 anggota.

"Ketika sampai api sedang marak serta banyak rumah musnah dan kebakaran yang dapat dikawal pada jam 2.28 pagi menggunakan sumber air sungai dan laut," katanya kepada pemberita.

Menurutnya seorang warga emas Sabon Ola, 82, dikejarkan ke hospital selepas pengsan dan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas kerana penyakit.

Shaharuddin berkata Bomba Tawau turut menerima bantuan daripada pihak polis, Bomba Kunak, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela, Jabatan Kesihatan serta Angkatan Pertahanan Awam dalam usaha memadam kebakaran. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI TENGI - Kebakaran melibatkan longgokan sisa tandan kelapa sawit di Kilang Sawit Sungai Tengi yang berlarutan sejak dua hari berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya, semalam.
  • TUMPAT - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di kampung Kok Keli musnah dalam kebakaran malam tadi.
  • KUANTAN - Seorang warga emas bersyukur kerana dia dan keluarga tiada di rumah ketika rumahnya di Kampung Sungai Ular, di sini terbakar, Sabtu lalu.
  • TAMPIN - Sebuah rumah pusaka berusia puluhan tahun tidak berpenghuni musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tenai-Ayer Gelugor, di sini, hari ini.
  • ARAU - Bangunan pentadbiran Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terbabit dalam kebakaran kira-kira jam 7.15 petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.