MIRI - Polis menahan 28 suspek berkaitan perjudian dalam talian menerusi tiga operasi yang diadakan di sekitar bandar raya ini dalam tempoh 4 September hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata polis turut merampas 22 komputer, tablet serta komputer riba selain wang tunai berjumlah RM2,509.

“Suspek terdiri daripada 26 lelaki dan dua wanita, berusia antara 16 dan 60 tahun, termasuk empat warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau mahu operasi diperhebat memandangkan operator perjudian dalam talian tidak berlesen tersebut jelas tidak tergugat dengan operasi mingguan yang dilaksanakan oleh polis.

Dev Kumar bagaimanapun yakin kegiatan tersebut akan dapat dihapuskan sepenuhnya apabila tiba masanya.

Sementara itu, beliau berkata polis turut menahan 10 suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan nombor ramalan 4D tanpa lesen menerusi 10 operasi yang diadakan di seluruh Sarawak bagi tempoh 4 September hingga semalam.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,524 daripada operasi berkenaan, katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Keseronokan 12 lelaki tempatan menikmati permainan judi dalam talian dipercayai baru dibuka dua hari terencat selepas mereka ditahan pihak polis dalam sebuah serbuan Jumaat lepas.
  • MIRI - Polis Sarawak melancarkan fasa kedua ‘peperangan’ memerangi kegiatan judi haram dengan menumpukan serbuan ke atas penjualan 4D haram susulan kejayaan menghapuskan kegiatan judi mesin dan siber.
  • KOTA BHARU - Dua warganegara Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini, yang cedera dalam kejadian samun pada tiga hari lalu.
  • AMPANG - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan atau menarik balik lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana khuatir ada dikalangan pemilik premis berkemungkinan menyalahgunakan lesen itu dengan membuka premis judi.
  • KUALA ROMPIN - Pakatan Harapan Rompin menggesa pihak berkaitan agar menghentikan permainan berunsur judi yang terdapat di tapak funfair Pesta Rompin (Rompin Fest) 2017 yang berlangsung di Pantai Hiburan, di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.