KOTA BELUD - Seramai 19 orang daripada enam keluarga  ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kampung mereka dilanda banjir kilat sejak semalam. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya pagi ini berkata  antara kampung yang terjejas ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui dan Kampung Gunding.

Menurut APM, pihaknya masih meneruskan pemantauan berkala di kawasan mudah dilanda banjir di daerah itu. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.