BATU GAJAH - Wanita Umno kini giat memperkenalkan konsep Small Office, Home Office Wanita (Sohonita) khusus bagi membantu golongan wanita menjana pendapatan dari rumah.

Ketua Penerangannya, Datuk Hamidah Osman berkata, konsep berkenaan dilihat sangat bersesuaian bagi kaum wanita khususnya bagi golongan suri rumah memperolehi pendapatan tambahan menerusi perniagaan yang diusahakan.

“Secara keseluruhannya, kita melihat konsep sohonita (small office, home office wanita) bagi membantu golongan wanita menjana pendapatan dari rumah.

“Ianya juga baik dan dapat membantu golongan ibu tunggal menjana pendapatan menerusi kebolehan ataupun kepakaran yang dimiliki.

“Mereka ini akan diberi pendidikan, ilmu sebelum mereka boleh melaksanakan sesuatu perniagaan itu sendiri di rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamidah berkata demikian ketika ditemui sempena program Masih Ada Sinar anjuran Kolej Komuniti Batu Gajah (KKBG), di sini, semalam.

Difahaman, program berkenaan turut menyediakan kursus-kursus seperti jahitan, solekan serta pembuatan kek termasuk aplikasi komputer dalam usaha mempertingkatkan kemahiran golongan wanita khususnya bagi golongan suri rumah tangga serta ibu-ibu tunggal.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUNAK - Wanita Umno Silam, menyalurkan dana bagi menambah dana Pejabat Pendidikan Daerah Kunak untuk insentif kecemerlangan kepada 61 pelajar cemerlang Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3) 2016 di sekitar Kunak.
  • RAUB - Wanita Umno Raub akan menjadikan anak kepada seorang anggota bomba yang berusia 10 bulan yang menanggung derita akibat menghidap penyakit ekzema sebagai anak angkat.
  • BESUT - Ketua Wanita Umno Bahagian Besut, Engku Naemah Engku Taib, dilantik sebagai Senator Dewan Negara bagi menggantikan Ketua Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaiton Mat Amin, yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 8 Jun lepas.
  • MARANG - Sebanyak 500 anggota Wanita Umno Marang hari ini melakukan solat hajat dan melancarkan tabung derma untuk membantu umat Islam di Semenanjung Gaza yang diserang tentera Israel.
  • PONTIAN - Walaupun pergerakan agak terbatas, namun itu tidak menghalang Zaleha Mohd Yusof, 60, untuk hadir pada hari pengundian pemilihan Wanita Umno Bahagian Tanjong Piai.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.