IPOH – Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.

Video berdurasi selama 13 saat itu memaparkan salah seorang wanita berkenaan memegang mercun bola dengan keterangan yang bertulis ‘ready gais, kami ada hadiah ini untuk negara J’.

Tindakan itu menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen mengecam tindakan mereka dengan mengaitkan dengan insiden di Stadium Perak, di sini dan telah dikongsi sebanyak 209 perkongsian dan lebih 8,000 dilihat.

Bagaimanapun, wanita berusia 20an itu telah membuat satu laporan di Balai Polis Seri Iskandar menafikan kaitan dengan insiden itu selain bimbang akan keselamatannya setelah menerima kecaman daripada pemilik facebook yang tidak dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan dan keterangan telah diambil daripada wanita terbabit.

“Wanita berkenaan menafikan mereka ke Stadium Perak ketika kejadian. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan dirujuk ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Ipoh ,” katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - “Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di sebuah dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Pasaraya NSK Taman Sentosa Klang di sini hari ini menyangkal keras dakwaan penemuan najis haiwan atas rak yang menjual produk ikan bilis seperti yang tular sejak 28 September lalu.
  • BAGAN DATUK - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon menafikan dakwaan penolong pegawai perubatan dan ambulans tidak membantu mangsa kemalangan yang tular sejak kelmarin.
  • SETIU - Kuasa tular atau 'viral' memberi impak berganda kepada sebuah kedai makan di kawasan Penarik, di sini, sejak sebulan yang lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.