TAPAH - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda,  Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik Ketua Polis Daerah Tapah yang baharu berkuatkuasa serta-merta

Wan Azharuddin mengambil alih jawatan sama yang dipegang sebelum ini oleh Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (perancangan strategik) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang

Majlis serah terima tugas antara Som Sak dan Wan Azharuddin disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan di IPD Tapah, semalam.

Terdahulu, Hasnan berkata, tugas sebagai ketua polis daerah sangat mencabar dan sentiasa berhadapan masyarakat.

Katanya, kerana ia  memerlukan daya pengetahuan dan kepimpinan tinggi.

“Semoga dengan  adanya barisan kepimpinan yang baru ini, PDRM Perak dapat menghadapi tahun 2018 dengan lebih cemerlang,” katanya.

Wan Azharuddin, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Muda pada 2014, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Pahang.