BAGAN SERAI - Tiga lelaki ditahan dan enam ekor ular senduk dirampas dalam  satu operasi bersepadu  di Jalan Selama, Matang Jelutong dan Jalan Besar Sungai Bogak, Bagan Serai malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, reptilia terbabit dirampas dari sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berumur lingkungan 30-an tersebut dalam operasi yang bermula  5 petang hingga 12 tengah malam itu.

Katanya operasi bersepadu itu melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan Perak.

“Kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selain itu, Omar Bakhtiar berkata dalam operasi berkenaan pihaknya memeriksa 75 kenderaan dan sebanyak 55 saman dikeluarkan kepada pemilik kerana melakukan pelbagai kesalahan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.