SELAMA - "Saya sendiri tak tahu arwah isteri seorang pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso)," luah Mohd Zakuan Mohd Mara'a, 25 dari Kampung Batu 7, Bukit Bertam, di sini.

Menurutnya, dia juga tidak menyangka arwah isteri, Noor Syafawani Mohamad Hanafiah, 24 pergi meninggalkan.

"Arwah disahkan meninggal dunia pada 12 Januari lalu akibat penyakit kanser limfa," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Cek Faedah Pengurusan Mayat, di sini semalam

Tambah Mohd Zakuan, dia sendiri tidak menyangka hari ini menerima kunjungan daripada pihak Perkeso sekali gus menerima cek Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2, 000.

"Syukur kerana dengan wang ini dapat saya lakukan apa yang patut untuk arwah isteri.

"Selain itu, saya juga mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia tiga tahun dan wang ini dapat membantu saya untuk membesarkan anak kami," katanya.

Sementara itu, Pengurus Perkeso Taiping, Rafidah Abd Rahim berkata, selepas serahan cek ini, suami arwah dan anaknya akan menerima pencen setiap bulan.

"Suami arwah akan menerimanya seumur hidup manakala  anak mereka akan menerima sehingga berusia 21 tahun," katanya.

Majlis penyampaian cek berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Adun Selama ,Mohd Anuar Darus.

Mengulas lanjut, Rafidah berkata, pada majlis sama seramai lima orang ketua kampung dari kawasan berdekatan turut serta.

"Semua ketua kampung ini selain menyaksikan sendiri majlis penyerahan cek ini, mereka juga diberikan taklimat tentang peranan Skuad Perkeso Prihatin dan bagaimana ketua kampung boleh membantu menyalurkan info atau maklumat bagi membolehkan  Perkeso membuat semakan.

"Ia sekali gus dapat mempercepatkan proses penyaluran bantuan sekiranya layak dan taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Perkeso Taiping, Ashraf Helmi Mohamad Ramzi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - SEBANYAK 48 kes melibatkan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) telah diproses daripada 95 kes yang diterima di seluruh negeri Perak.
  • KAMUNTING - PERKESO Perak menyeru kepada semua pemandu teksi di negeri ini khususnya di Taiping mendaftar segera Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial yang disediakan.
  • TELUK INTAN - Perkeso Teluk Intan meminta kerjasama lebih 3,800 syarikat di daerah ini untuk mendaftarkan Sistem Insurans Pekerja (SIP) bagi kakitangan mereka.
  • TELUK INTAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Teluk Intan meminta kerjasama lebih 3,800 syarikat di Hilir Perak untuk mendaftarkan Sistem Insuran Pekerja (SIP) bagi kakitangan mereka.
  • AMPANG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 kepada waris ahli perniagaan Azlan Yahya, 47, yang meninggal dunia selepas terjatuh ke gaung ketika mendaki di Gunung Nuang, Hulu Langat, 15 Januari lalu.