BAGAN DATUK - Lebih 100 aduan diterima Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dalam program Walkabout di Kampung Tersusun Hutan Melintang baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ramesh Rao Krishnan berkata, program anjurannya itu bertujuan mendekati rakyat di Hutan Melintang bagi mendengar dan melihat sendiri masalah mereka.

“Pelbagai masalah serta aduan saya terima antaranya adalah mengenai isu baik pulih rumah, pendapatan tidak tetap serta masalah jalan di kampung tersebut.

“Kesemua masalah ini memerlukan perhatian segera dan saya akan cuba membantu sedaya upaya mengikut peruntukan dan dana sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Ramesh Rao keutamaan diberikan kepada golongan kurang upaya, warga emas serta ibu tunggal yang memerlukan bantuan meringankan beban mereka.

“Saya berharap pihak kerajaan segera mengambil tindakan bagi memastikan penduduk hidup dengan selesa dan melihat bahawa kerajaan pimpinan BN amat memahami masalah rakyat.

“Saya juga sempat memberi bantuan makanan kepada lebih 35 keluarga dalam program walkabout kali ini dalam usaha memastikan mereka dibantu,” katanya.