GERIK - Orang ramai diingatkan supaya berwaspada ketika melalui Jalan Gerik-Jeli berikutan kejadian tanah runtuh berlaku sekitar jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, runtuhan dikesan di Kilometer 140 Jalan raya Timur Barat (JRTB) iaitu kira-kira 30 kilometer ke Gerik.

Menurutnya, buat masa ini, kejadian tidak menghalang lalu lintas, namun pengguna perlu berhati-hati kerana dikhuatiri berlakunya runtuhan susulan.

"Runtuhan tanah berlaku di sebelah  kiri jalan hala ke Gerik, tiada jalan alternatif disediakan," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat penyelenggara Belati Wangsa Sdn Bhd (BWSB) telah dimaklumkan bagi membolehkan pemantauan dan kerja pembersihan dilakukan.

"Tindakan awal telah diambil dengan menyediakan papan tanda amaran kawalan lalu lintas.

"Pengguna diminta berhati hati semasa melalui kawasan tanah runtuh ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Penduduk Orang Asli Sungai Kelit, Raub terputus hubungan apabila berlaku tanah runtuh melibatkan jalan masuk ke kampung berkenaan awal pagi tadi.
  • GUA MUSANG - Di saat sebilangan besar penduduk Kampung Limau Kasturi berpindah akibat banjir, tiga sekeluarga di kampung berkenaan hilang tempat berteduh apabila rumahnya dihempap tanah runtuh.
  • GERIK - Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) diminta berhati-hati ketika melalui laluan tersebut terutamanya dalam musim tengkujuh kebelakangan ini.
  • GUA MUSANG - Runtuhan tanah yang berlaku di perkampungan Orang Asli, Pos Sangwai A, pada 21 November lalu menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan mula meninggalkan rumah masing-masing.
  • GUA MUSANG - Penduduk kampung Orang Asli di Pos Sangwai, Lojing, di sini, hidup dalam ketakutan apabila diancam bahaya dengan runtuhan tanah yang berlaku kira-kira 40 meter dari kawasan rumah mereka.