LUMUT - Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu penambakan laut di Teluk Muroh di sini yang dikatakan mencetus rasa tidak puas hati  penduduk dan nelayan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata pihaknya menyatakan kesediaan untuk membantu lebih 1,000 penduduk dan 117 nelayan di kawasan berkenaan yang dikatakan kecewa dengan pelaksanaan projek tersebut.

"Kami tidak menentang kerajaan negeri untuk melaksanakan sebarang aktiviti pembangunan tetapi biarlah setiap projek yang dilakukan membawa situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak.

"Kami juga akan membawa isu ini ke Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sebelum bertemu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mencari penyelesaian yang lebih konkrit,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk dan nelayan Teluk Muroh di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kawasan pantai bakal ditambak]

Pada Disember tahun lepas, Zambry menegaskan kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan melaksanakan projek tersebut kerana bantahan mengenainya hanya datang dari pihak luar dan bukan  penduduk  setempat. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR PUTEH - Seorang ibu tunggal yang menghidap angin ahmar di Kampung Seligi, di sini, menjalani kehidupan tanpa sumber pendapatan selepas kematian suami enam bulan lalu.
  • PEKAN - Barisan Nasional (BN) negeri ini bakal mengumumkan manifestonya tidak lama lagi dengan janji yang disifatkan jauh lebih realistik berbanding pembangkang, mencakupi pelbagai bidang tanpa menjanjikan 'bulan dan bintang' kepada rakyat.
  • PASIR GUDANG - Dua buah kereta milik Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang yang diparkir di luar pagar rumahnya di Taman Pasir Putih, di sini terbakar tengah malam semalam.
  • KOTA BHARU - Lebih 50 penduduk di Kampung Banggol di sini gempar selepas kediaman yang didiami bergegar dan lantai rumah merekah ekoran tanah mendap, menyebabkan sebahagian kawasan dapur runtuh.
  • KUALA TERENGGANU - “Hentikan segera sebarang hiburan yang boleh menimbulkan fitnah dan mempunyai unsur haram ,” nasihat Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.