IPOH - Setelah tiga tahun melalui proses pembinaan, akhirnya Movie Animation Park Studios (Maps), Bandar Meru Raya, akan mula beroperasi pada 26 Jun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Ramelle Ramli berkata, pembukaan rasmi Maps yang dibuat serentak dengan sambutan Hari Raya Kedua Aidilfitri itu dijangka bakal menarik kunjungan orang ramai khususnya yang sudah lama menantikan pembukaan rasmi taman tema animasi pertama di Asia itu.

“Alhamdulillah, setelah tiga tahun akhirnya Maps akan dibuka pada 26 Jun. Hari Raya kedua. Kita juga terpaksa tunda pembukaannya kerana melakukan beberapa perubahan seperti lokasi Smurfs agar mengikut struktur terkini seperti di pawagam.

“Selain itu, kita juga ada lima lagi tarikan baharu yagn masih dalam pembinaan. Semua ini untuk menjadikan taman tema ini lebih menarik,” katanya pada sidang media hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Norlida A. Manaf.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR PUTEH - Kebun keluarga seluas 0.46 hektar di Kampung Bukit Tanah, Semerak, di sini, dinaik taraf menjadi taman tema air.
  • PENDANG - Orang ramai disarankan agar menggunakan peralatan permainan yang terdapat di Taman Rekreasi Pendang dengan berhemah bagi memastikan peralatan berkenaan sentiasa berkeadaan baik.
  • SUNGAI PETANI - Taman tema air terulung di Kedah, ‘The Carnivall Water Park Sungai Petani’ kini lebih ceria selepas dinaik taraf membabitkan kos lebih RM 1 juta, yang menjanjikan pengalaman lebih menyeronokkan.
  • BANDAR JENGKA - Pembukaan Taman Tema Air Jengka Wonderland di Bandar Pusat Jengka tahun depan disambut baik Pusat Khidmat Dun Jengka kerana mampu menjana ekonomi penduduk setempat.
  • SHAH ALAM - Bandar pintar, i-City di Seksyen 7 di sini kini mempunyai tarikan terbaru iaitu Red Carpet2@i-City yang membolehkan peminat ‘bertemu’ dengan pelakon kacak Korea, ikon dunia dan selebriti lain, yang akan dibuka secara rasmi pada 15 Ogos ini.