BUKIT GANTANG – Bagi menampung kos pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai, satu tabung khas dilancarkan bagi mengutip dana projek di Kampung Setia Air Putih, Bukit Gantang.
Yang Dipertua Pas Bukit Gantang, Nordin Jaafar berkata, lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertaraf R5 dan R9, mempunyai persimpangan bertingkat serta 2 kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Menurutnya, kos pembinaan dijangka bernilai RM1.5 hingga RM1.8 billion.
"Walaupun projek ini mendapat sindiran pihak tertentu namun ia mendapat perhatian warga Pas di seluruh tanah air yang kelak memudahkan pengguna jalan raya.
“Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan projek ini malah turut mempersendakannya namun ia tetap dapat sokongan,” katanya ketika hadir pada program anjuran Pas Cawangan Kampung Setia dengan kerjasama MTD Kuala Sepetang dan Pas Kawasan Bukit Gantang.
Hadir sama, Yang Di Pertua Pas Taiping Mohd Fakharudin Abd Aziz serta tetamu khas Exco IT Kerajaan Negeri Kelantan Dr Fazli Datuk Hasan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Pas Cawangan Taman Berkat, Mohamad Nizam.
Tabung Khas bina lebuhraya
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- 'Kami mungkin gulung tikar'
- "Lega anak saya selamat"
- Terjaga tidur terhidu asap
- Asap disangka kereta meletup
- Gadis kena rogol selepas dilanggar
- Tak sempat joli hasil samun
- Jangan hanya harapkan polis
- Pekebun rugi RM60,000
- Pelajar dirogol bergilir-gilir
- Isteri merintih lihat mayat suami
- Meraung sakit akibat tersepit
- Orang minyak serang Felcra
- Lelaki maut kena tetak
- Senjata palsu dirampas
- Latihan bertukar tragedi
- Remaja mengaku pernah terlanjur
- Dakwa dirogol kenalan bapa
- Jeti nelayan hampir roboh
- Jalan raya bertingkat retak
- Tidur berteman ular




