IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih menyiasat penjualan tanah hak milik Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Pengarah SPRM Negeri, Daruk Zainul Darus berkata, sehingga ke hari ini,  seramai 20 saksi telah dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung isu berkenaan.

"Siasatan bagi kes ini masih lagi berjalan. Seramai 20 saksi telah tampil memberikan keterangan.

"Oleh itu, berhubung isu ini,  kita tak boleh nak komen apa-apa sehingga siasatan selesai,"  katanya.

Zainul Darus berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR), bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPH), hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (LPHP), Yuhanas Auree Kamaruddin.

Sementara itu, berkata, siasatan berhubung isu pecah amanah di Pusat Kerjaya Aman Jaya (Peka), masih dalam siasatan.

Katanya, sehingga ke hari ini  seramai 30 saksi sudah pun dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung isu berkenaan.

"Siasatan juga masih berjalan bagi kes ini yang melibatkan penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pusat Kerjaya Amanjaya, baru-baru.

"Kita tak dapat komen lanjut. Bagaimanapun, kita menjangkakan kes ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan dari sekarang," katanya.