CHEMOR - Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun terpaksa menahan sakit selama empat jam apabila kaki kanannya tersangkut pada celah tiang konkrit rumahnya di Taman Klebang Prima di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Zulkifli Mohamad berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami bengkak di bahagian lutut dipercayai terlalu lama dalam keadaan tersepit itu.

“Sembilan anggota bersama dua jentera termasuk jentera Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 petang.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami bengkak di bahagian lutut kaki kanannya.

"Anggota menggunakan peralatan ‘power spender’ untuk membuka regangan di antara tiang dan dinding rumah terbabit untuk mengeluarkan kaki mangsa,” katanya.

Menurutnya, operasi hampir satu jam itu berjaya mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada ambulans untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RAWANG - "Jangan potong kaki saya," rintih seorang murid perempuan darjah 4 sebaik melihat anggota bomba mengeluarkan mesin pemotong besi dalam usaha memgeluarkan kakinya yang tersepit pada penutup longkang, hari ini.
  • KUANTAN - Operasi Medevac agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia membawa seorang kanak-kanak yang mengalami pendarahan dalam hidung akibat tersumbat bateri jam dari Kampung Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), malam semalam.
  • KLUANG - Sepasang suami isteri di Kampung Sri Lukut, Kahang dekat sini terpaksa bergilir-gilir keluar bekerja dan menjaga anak sulung yang menghidap kanser tulang tahap empat sejak hampir dua tahun lalu.
  • BANDARAYA MELAKA - [VIDEO] Seorang bapa memerlukan sekurang-kurangnya RM7,000 bagi membeli alat bantuan penafasan untuk keperluan bayinya berusia 14 bulan yang mengalami jangkitan paru-paru.
  • KUANTAN - Seorang kanak-kanak terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk minum susu.