BAGAN SERAI - Keprihatinan kerajaan pusat membantu golongan kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Bagan Serai terbukti apabila sejumlah RM100,000 diperuntukkan bagi perlaksanaan projek membaik pulih rumah, di sini.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, projek seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) itu membabitkan 10 rumah pemohon terpilih dari senarai peserta E-Kasih.

Menurutnya, setiap rumah terpilih akan menerima peruntukan baik pulih rumah sebanyak RM10,000 bagi memastikan keadaan rumah mereka kembali sempurna seperti asal.

"Lebih menarik, perlaksanaan projek membaik pulih rumah mereka akan dibuat secara bergotong-royong melibatkan penduduk kampung di situ dan kampung berhampiran.

"Konsep perlaksanaan bergotong-royong ini sebenarnya lebih baik kerana memastikan peruntukan membaik pulih rumah pemohon dapat digunakan secara maksimum bagi penyelenggaraan keseluruhan rumah mereka.

"Di samping itu, amalan mulia itu dapat menyuburkan kembali semangat setia kawan dan tolong-menolong dalam kalangan penduduk kampung terutama golongan belia,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Matang Jelutong, di sini semalam.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJONG KARANG - Dilema hidup seorang ibu tunggal yang resah memikirkan keadaan rumahnya lebih-lebih lagi kerosakan bumbung dan siling rumah yang boleh runtuh bila-bila masa sahaja.
  • MARANG - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meluluskan peruntukan sebanyak lebih RM60 juta untuk pembinaan dua jalan di Marang.
  • GURUN - Masalah banjir yang membelenggu kira-kira 1,000 penduduk dari Kampung Sungai Bongkok dan Kampung Haji Ngah akan dapat diatasi dengan kelulusan peruntukkan sebanyak RM450,000 dari kerajaan bagi tujuan projek mengurangkan risiko banjir.
  • PERAI - Hanya kerana tidak dapat menghadirkan diri pada istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas baru-baru ini menyebabkan peruntukan untuk Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dikatakan disekat oleh kerajaan negeri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.