TAIPING - Pertubuhan Kebajikan dan Keaelamata  Sosial (Perkeso) meminta pemandu teksi atau seumpanya agar mendaftar melalui Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri untuk kemudahan mereka pada masa akan datang.

Pengarah Perkeso Negeri Perak, Noorhanita Mohamad berkata, skim tersebut mula dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun masih ramai dalam kalangan pemandu teksi yang ada di negara ini khususnya Perak belum mendaftar.

"Pihak Perkeso menyediakan skim ini untuk pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Faedah sempena Perayaan Deepavali, di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Noorhanita berkata, skim itu bertujuan untuk memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan dengan pekerjaan.

"Menerusi skim ini, perlindungan meliputi kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, kemalangan semasa dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja dan kemalangan semasa kecemasan," katanya.