BAGAN SERAI – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di daerah Kerian di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di sini yang dibuka sejak Ahad lalu ditutup hari ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian PPS itu ditutup pada pukul 2 petang.

“PPS itu dibuka pada 14 Oktober lalu susulan hujan lebat  seterusnya mengakibatkan banjir di Kampung Parit Mat keling, Parit Ali Kalang dan Parit Air Hitam 3.

“Kita merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengurusan banjir pada kali ini,” demikian menurut kenyataan sekretariat di sini hari ini. – Bernama