IPOH - Peminjam Pinjaman Pelajaran Negeri Perak yang membuat bayaran penuh pinjaman mereka mulai 1 Julai hingga 30 Nov ini akan menikmati potongan sebanyak 30 peratus.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ketika ini terdapat seramai 4,000 peminjam dengan jumlah pinjaman hampir RM40 juta.
"Kita beri tawaran istimewa dalam tempoh lima bulan. Jadi, bayaran itu kita boleh guna untuk beri pinjaman kepada pelajar lain yang akan masuk universiti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga bersetuju mengeluarkan lesen untuk perniagaan dalam bulan Ramadan secara percuma.
"Mulai tahun lepas lesen itu dikeluarkan secara percuma. Cuma untuk sewa tapak, peniaga perlu berbincang dengan majlis daerah dan majlis bandaraya," katanya. - Bernama
- Pencakar langit 20 tingkat mercu tanda baru
- Rondaan cegah orang minyak diteruskan
- Pegawai, anggota polis mohon bicara
- BN Perak jangka fail petisyen di beberapa Dun
- Lelaki nyaris rentung
- Guru jadi mangsa samseng gores dan menang
- Warga China didenda RM10,000
- Tujuh penyamun putih mata
- Premis judi haram diserbu
- 'Penunggu' ladang tewas




