KUALA KURAU - Malang tidak berbau buat seorang wanita setelah maut dirempuh sebuah lori di sebuah premis memproses kelapa di Jalan Pantai, di sini, petang tadi.

Lebih kurang jam 6.15 petang, mangsa, Haryati Sazali, 34, maut dirempuh lori dipandu seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti.

Sinar Harian difahamkan lori dipandu lelaki terbabit hilang kawalan dan merempuh mangsa yang berada di hadapannya, sebelum lori berkenaan melanggar tiang premis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya identiti pemandu lori berkenaan belum dikenalpasti itu telah menghilangkan diri dan gagal dikesan

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas paramedik.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis turut mengesan lelaki berkenaan bagi membantu pihak polis berhubung kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BATU PAHAT - Pihak polis kini sedang mencari saksi serta kenalan seorang lelaki dipercayai warga asing yang ditemui mati di tepi jalan, di Kilometer 89.5, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara.
  • SEREMBAN - Seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di KM 1 Jalan Bahau-Juasseh, Jempol dekat sini kira-kira 5 pagi tadi.
  • SEREMBAN - Pemandu kereta yang cuba melarikan diri dari penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan sehingga menyebabkan kemalangan enam kenderaan di Kawasan Perindustrian Arab-Malaysia di Nilai semalam, direman empat hari bermula hari ini.
  • AMPANG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan Pencen Penakat kepada balu seorang pembantu stor yang meninggal dunia pada usia 25 tahun dalam kejadian langgar lari pada 25 Disember tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.