BOTA KIRI - Orang ramai yang singgah untuk makan di sebuah gerai menjual roti canai di Kampung Seri Kaya, di sini pasti terpegun melihat pekerjanya lengkap berbusana tradisional pahlawan Melayu.

Pembantu gerai, Mohd Hasrul Mat Daud, 33, berkata, gerai yang diberi nama Qawwam Sri Bota itu sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, mereka mengenakan pakaian tradisi Melayu lama sejak lebih setahun lalu bagi mewujudkan kelainan berbanding gerai biasa lain.

"Pakaian tradisi orang lama ini sudah sebati dengan kami dan tujuan utama kami bukan sahaja sebagai identiti gerai tapi mahu mengangkat martabat budaya Melayu lama kembali gah di mata masyarakat.

"Pakaian yang kami kenakan ini ialah pakaian rakyat jelata biasa kerana setiap pakaian tradisi dahulu kala ada makna tersirat di sebalik busananya," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini.

Mohd Hasrul berkata, mereka adalah dari Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (DendangAnak) Cawangan Perak yang berpusat di Pulau Misa, di Kampung Teluk Kepayan, Bota Kiri.

"Persatuan kami memang ditubuhkan untuk membantu memartabatkan budaya Melayu dan bukan sekadar dari pakaian sahaja tetapi keseluruhan hidup termasuklah adab-adab dengan sesama insan.

"Kami bukan sahaja berpakaian tradisi lama tapi layanan yang diberikan kepada pelanggan juga harus lemah-lembut dan sopan santun agar pelanggan lebih terkesan dan akan kembali berkunjung ke sini.

"Ini adalah cara kami mempromosikan budaya Melayu yang akan hilang ditelan zaman jika tidak ada sesiapa yang mahu membangkitkannya semula," katanya.
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Penduduk sekitar Seremban kini mempunyai satu lagi pilihan tempat untuk menjamu selera apabila projek kendera saji atau trak makanan mula dibuka di pekarangan parkir bangunan Plaza Seremban Mara.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan menggunakan trak atau Business on Truck khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.
  • BANDARAYA MELAKA - Portal jualan produk getthiss.com mampu menyediakan platform untuk usahawan menjana pendapatan, sekali gus menggalakkan lagi perdagangan domestik khususnya dalam industri ekonomi digital.
  • KLUANG - Kerajaan negeri memberi penghargaan kepada 28 peserta program Azam Kerja Muafakat Johor di atas pencapaian, dedikasi dan dinamik mereka sehingga berjaya meningkatkan pendapatan seperti ditetapkan.
  • LABIS - Kira- kira 1,500 golongan wanita dan belia di Parlimen Labis menerima manfaat daripada penubuhan Pusat Keusahawanan oleh Yayasan Salam Malaysia (Salam) di Chaah sejak tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.