LENGGONG - Sebagai tanda pelancaran jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pas Kawasan Lenggong bakal mengadakan majlis penyerahan panji-penji khas kepada semua Unit Peti Undi (UPU) Parlimen itu di Dataran Haji Zu, Lawin, esok.

Pengarah Pilhan Raya Pas Kawasan Lenggong, Mohd Zahudi Nasaruddin berkata, majlis itu akan dianjurkan serentak dengan pengisytiharan calon-calon bertanding pada PRU13 bagi merebut kerusi yang belum pernah dimenangi pembangkan selama ini.

"Pas Kawasan Lenggong bakal mengetengahkan calon yang sangat berwibawa. Antaranya Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Razman Zakaria.

"Beliau (Razman) dipilih berdasarkan perwatakan serba boleh dan diterima semua kaum termasuk masyarakat Orang Asli di Lenggong. Beliau sering turun ke kampung-kampung. PRU13 dijangka paling sengit terpaksa dihadapi Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya pelbagai pengisian disediakan pada program Ijtimak Penyerahan Panji-Panji PRU13 Parlimen Lenggong esok, antaranya munajat perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah serta amanat daripada Razman, Ketua Pemuda Pas Lenggong;
Mohd Wazir Mat Zain, Ketua Muslimat Pas Lenggong; Zainab Ahmad dan Ketua Urusan Ulama Pas Lenggong, Mohd Hanafiah Idris.

"Program itu juga bakal dihadiri wakil-wakil daripada DAP serta PKR, termasuk lima wakil daripada setiap UPU di seluruh kawasan Parlimen Lenggong," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANGI - Pas Serdang sudah menjangka pendirian Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak akan menjalin kerjasama dengan Pas pada PRU14.
  • MUADZAM SHAH - Pas Kawasan Rompin menubuhkan tabung bagi membantu sembilan beranak dari Bukit Ibam di sini yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran, petang Sabtu lalu.
  • BUKIT MERTAJAM - Pas Pulau Pinang bercadang untuk bertanding di 20 kerusi Dun Pulau Pinang pada PRU14, menurut Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof.
  • TANAH MERAH - Umno dan Pas jangan terus berbalah jika tidak mahu Melayu hilang kuasa dan jatuhnya sebuah kerajaan Islam yang merdeka di negara ini.
  • KUALA TERENGGANU - Pendaftaran keahlian Pas yang tinggi setiap bulan menggambarkan persepsi negatif disebarkan pihak tertentu terhadap Pas sejak akhir-akhir ini tidak sesekali menggugat keyakinan rakyat terhadap parti itu.