IPOH - Sebanyak 740 saman telah dikeluarkan di Perak pada hari pertama Op Selamat 11, semalam  dengan kesalahan pandu laju paling tinggi direkodkan iaitu 593 kes.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kesalahan had laju itu dikesan dilakukan di empat kawasan hotspot iaitu di Kilometer 21 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Kilometer 21 Jalan Ipoh-Lumut, Tapah dan laluan Kuala Kangsar-Gerik.

"Selain kesalahan had laju, kegagalan mematuhi lampu isyarat merah juga agak tinggi iaitu 27 kes dan pemakaian tali pinggang (16)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua saman dikeluarkan melibatkan 507 kereta, pacuan empat roda (112), kenderaan pelbagai guna (90), motosikal (13) dan van (14).

"Tidak terkecuali tindakan saman terhadap kenderaan perdagangan iaitu lori (3) dan teksi (1)," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.