TAIPING - Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menurunkan 1,004 poster dan gegantung ah long.

Ketuanya, Musnarizal Abdul Manap berkata, operasi bersepadu itu tertumpu di dua lokasi utama iaitu membabitkan kawasan Aulong dan Pokok Assam.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut  580 poster diturunkan di kawasan Pokok Assam, manakala selebihnya, 424 lagi di Aulong.

"MPT memandang serius isu menggantung poster atau banting haram ini kerana ia bukan sahaja merosakkan pemandangan di kawasan terlibat malah turun ganggu penglihatan pengguna jalan raya," katanya ketika operasi di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi turut melibatkan seramai 20 anggota penguatkuasa MPT dan enam anggota polis.

"Operasi ini sememangnya menjadi tumpuan kerana sehingga September lalu, 15 operasi berjaya dilaksanakan.

"Malah, selain dengan kerjasama dengan pihak polis, kita juga melaksanakan operasi ini sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh sebulan membabitkan anggota MPT sahaja secara rutin," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long dikesan menggunakan nama penagih dan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk pendaftaran talian telefon bagi tujuan pengiklanan tawaran di bunting.
  • JOHOR BAHRU - Pekerja kilang mengalami kerugian RM11,880 selepas diperdaya sindiket yang mengiklankan pinjaman peribadi menerusi laman sosial Facebook.
  • TEMERLOH - Tidak ada sebarang pengurangan diskaun kesalahan parkir lagi selepas ini sebaliknya Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan mula mengheret pesalah ini ke mahkamah.
  • PONTIAN - Seorang ibu bersama tiga anaknya dari Taman Perpaduan di sini, hidup dalam kebimbangan apabila sering diganggu sekumpulan ah long yang mendakwa suaminya membuat pinjaman mencecah ratusan ribu ringgit.