IJOK - Kehadiran Menteri Besar, Datuk  Seri Dr Zambry Abd Kadir ke kawasan Dun Kubu Gajah, baru-baru ini disambut mesra penduduk setempat.

Beberapa program diadakan di beberapa lokasi sekitar Dun berkenaan dengan diiringi Adunnya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar serta isteri, Datin Seri Sabaiah Ahmad Sabri.

Dalam kunjungan berkenaan, Zambry turut mengumumkan beberapa inisiatif kerajaan negeri bagi penduduk.

Zambry ketika berucap menegaskankerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian bagi membangunkan pekan-pekan kecil termasuk Ijok dan Kubu Gajah.

Pada masa yang sama seramai 59 peneroka menerima Surat Hak Milik ke peneroka Felda Ijok selain turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan bujang berusia 21 tahun ke atas.

Beliau juga menyampaikan mok cek RM265,000 Felcra kepada Raja Ahmad Zainuddin bagi bantuan baiki rumah penduduk di sekitar Dun Kubu Gajah.