TELUK INTAN - Seorang lelaki mencetuskan kekecohan di pekan Teluk Intan, hari ini apabila dikesan menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

Lelaki berkenaan dikatakan menunggang sebuah motosikal berwarna biru tanpa mengenakan sebarang pakaian dan topi keledar dipercayai sekitar jam 4 petang.

Tanpa menghiraukan pandangan pengguna dan orang ramai yang berada di situ, dia dikatakan dengan selamba bersiar di sekitar pekan, malah sempat berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau di sebuah simpang di situ.

Kelibat lelaki yang dipercayai kurang siuman itu mula tular di media sosial sekitar jam 5 petang, apabila gambarnya dalam pelbagai sisi dikongsi di Facebook dan Whatsapp.

Turut dikongsi video berdurasi 20 saat menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan diterima daripada orang awam berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, pihaknya telah melancarkan operasi bagi mengesan individu terbabit.

"Tiada laporan diterima setakat ini, dan polis sedang mengesan lelaki itu," katanya.

Menerusi perkongsian di laman sosial, rata-rata terkejut dengan tindakan lelaki itu dan menganggap ia hanya mampu dilakukan individu tidak siuman.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - [VIDEO] Lelaki yang menunggang motosikal secara bogel di pekan Teluk Intan, semalam telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kerana mengalami gangguan mental.
  • TAMPIN - Seorang lelaki berbogel di sekitar jalan masuk ke Pekan Tampin dan gambarnya menjadi tular di media sosial sejak Khamis lalu, bukan rakyat tempatan
  • SEREMBAn - Peniaga di sekitar Ampangan, di sini terganggu dengan kehadiran seorang wanita tidak berpakaian yang dipercayai mengalami masalah mental.
  • BENTONG - Empat sukarelawan termasuk seorang wanita sebuah program kem motivasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan bersubahat dengan aktiviti perlakuan lucah di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi, dekat sini, Januari lepas.