IPOH - Persimpangan UiTM dan Felcra Nasarudin di FT005 Jalan Ipoh-Lumut ditutup bermula hari ini hingga 21 Jun sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, dengan penutupan itu, penduduk dari Puncak Iskandar yang ingin ke Lumut diminta menggunakan laluan alternatif iaitu simpang IKBN atau membuat pusingan U di Simpang SIDEC.

"Pengguna dari arah Ipoh untuk ke Puncak Iskandar pula boleh menggunakan simpang IKBN," katanya.