SERI ISKANDAR - Kes denggi di Perak menunjukkan trend peningkatan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Ogos lalu apabila mencatatkan kes sebanyak 4,465 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu melibatkan 2,514 kes.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, berlaku trend peningkatan sebanyak 77.6 peratus iaitu 1,951 kes.

Menurutnya, jumlah kumulatif kematian denggi adalah sebanyak sembilan kes berbanding tujuh kes bagi tempoh awal tahun ini hingga 8 Ogos berbanding tahun lalu.

“Namun begitu, walaupun pada tahun ini trend berkenaan agak meningkat, ia tidak boleh dibandingkan dengan jumlah kes pada tahun 2015 apabila mencatatkan kes sebanyak 6,646 kes.

“Selepas itu, pada tahun lalu berlaku penurunan mendadak kepada 2,514 kes hasil daripada pelbagai kerja kuat yang dilaksanakan semua pihak,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Denggi Asean tahun 2017 peringkat Perak di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Hassan Merican Omar Naina Merican, Ahli Parlimen Parit Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERDANG - Lima pangsapuri di kawasan Serdang Perdana direkod sebagai lokasi panas wabak demam denggi apabila kes dilaporkan meningkat sejak tiga bulan lalu.
  • KUANTAN - Pahang mencatatkan sebanyak 1,529 kes demam denggi iaitu penurunan 983 kes atau 39.3 peratus dari 1 Januari hingga 5 November lalu, berbanding 2,502 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Orang ramai diminta sentiasa berwaspada dengan menjaga kebersihan persekitaran dan tempat tinggal bagi mengelak penularan wabak denggi terutama menjelang musim tengkujuh ini.
  • KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memberi sumbangan botol semburan dan peralatan lengkap bagi membantu membendung wabak denggi bermula di peringkat sekolah.
  • SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengurangkan kadar wabak denggi di negeri ini kepada 15 kes seminggu berbanding purata 50 kes seminggu yang direkodkan pada masa ini.