• Lian Hoe ketika mengumumkan keputusan penurunan kadar sewa tapak berniaga sebanyak 20 peratusdi Plaza Perbandaran MPT, semalam. Lian Hoe ketika mengumumkan keputusan penurunan kadar sewa tapak berniaga sebanyak 20 peratusdi Plaza Perbandaran MPT, semalam.
1 /

TAIPING – Kadar sewa tapak berniaga di Plaza Perbandaran Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan diturunkan sebanyak 20  peratus.

Timbalan Menteri Pedagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengumumkan penurunan harga sebanyak 20 peratus itu diberikan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di tingkat bawah.

Menurutnya, difahamkan terdapat kira-kira 383 gerai yang beroperasi di bahagian bawah plaza berkenaan.

“Kebanyakan mereka menjual buah-buahan, sayur-sayuran, barang runcit dan pakaian mengharapkan penurunan kadar sewa tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Penyelaras Dun Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wang.

Beliau berkata, peniaga tersebut menjalankan perniagaan pada waktu pagi dan malam.

Jelasnya, mereka perlu membayar kadar sewa antara RM 20 hingga RM 100 bergantung pada keluasan tapak berniaga masing-masing.

"Permohonan untuk menurunkan kadar sewa tapak berniaga di Plaza Perbandaran itu telah lama dibuat iaitu sejak tahun 2010.

“Difahamkan mereka juga telah pun menghantar lebih 10 surat bagi mendapatkan kadar sewa yang lebih murah,” katanya.

Lian Hoe berkata, kini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadirbersetuju dan kadar itu akan berkuat kuasa Mac depan.

“Oleh itu, diharap berita ini dapat menggembirakan golongan peniaga di sini kerana kadar sewa sudah diturunkan dan masing-masing boleh meneruskan aktiviti perniagaan dengan lebih baik,” katanya.