KAMPAR - Kerajaan negeri memandang serius tindakan pelajar sekolah menceroboh kawasan landasan kereta api di Malim Nawar untuk melintas ke sekolah berdekatan. 

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata,  pihaknya akan berbincang dengan pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM)  Berhad untuk melihat sebarang kelemahan aspek keselamatan seperti memastikan pagar dalam keadaan sempurna dan pintu pagar ditutup. 

Menurutnya, perbincangan juga akan dilakukan dengan pihak polis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terlibat untuk memastikan tiada pelajar mahupun orang awam melintas landasan tersebut. 

"Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana kita semua tahu tindakan itu berbahaya. 

"Jadi kita akan minta pihak polis dan JKKK membuat rondaan supaya tiada lagi pelajar mahupun orang melintas," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Tablet Kepada Guru Daerah Kinta Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kampar,  di sini  hari ini.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian hari ini mengenai tindakan bahaya pelajar sekolah melintas landasan berdekatan pekan Malim Nawar. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA KEDAH - Beberapa bot pukat tunda dikhuatiri menceroboh kawasan tangkapan antara dua hingga tiga batu nautika dari pantai di perairan Kuala Kedah, di sini, sejak beberapa bulan lepas.
  • BACHOK - Lapan buah bot zon A ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Perikanan negeri Kelantan di perairan Kuala Besar, Kota Bharu pagi semalam berikutan menceroboh kawasan larangan kurang dari dua batu nautika dekat sini​.
  • BACHOK - Lima buah bot nelayan tempatan zon A ditahan sepasukan anggota Penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Kelantan di perairan daerah Bachok dan Pasir Puteh berikutan melanggar syarat lesen dan berada di luar had kawasan yang ditetapkan.
  • KUALA TERENGGANU - Padah menceroboh perairan negeri dan menunda ikan di zon yang tidak dibenarkan, dua bot dan 12 nelayan asing ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, awal pagi semalam.
  • KOTA KINABALU - Sembilan nelayan warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah memasuki dan melakukan aktiviti perikanan di kawasan perairan Malaysia secara haram pada Ogos lalu.