KERAJAAN negeri optimis, pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM549.26 juta untuk pelaksanaan projek bekalan air Lembaga Air Perak (LAP) dapat diselesaikan sebaik penstrukturan semula bagi fasa kedua siap.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek bekalan air itu dalam proses penstrukturan semula fasa kedua yang mana akan diambil alih Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) apabila siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

“Projek bekalan air di seluruh negeri ini melibatkan penaiktarafan loji bekalan air dan penggantian paip-paip utama yang lama.

“Setelah migrasi aset dan pinjaman kepada PAAB ini disempurnakan, dengan sendirinya kita tidak lagi menanggung hutang tersebut,” katanya menjawab soalan lisan daripada Wong Kah Woh (DAP-Canning), semalam.

Zambry (BN-Pangkor) berkata, sehingga Disember tahun lalu, Perak berada pada 10 terendah dalam kedudukan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.

Katanya, sehingga 14 April ini, hutang kerajaan negeri kepada persekutuan tanpa mengambil kira pinjaman projek bekalan air adalah berjumlah RM57 juta melibatkan projek kemudahan asas antaranya Rancangan Perumahan Awam Kos Rendah dan Rancangan Pembangunan Perusahaan.

“Trend hutang kepada kerajaan persekutuan ini berkurang tahun demi tahun sejak 2011, Perak dianggap pembayar hutang terbaik dalam kalangan negeri-negeri, sehingga kini tiada tunggakan bayaran balik direkodkan,” katanya.

Sejak 2011, baki pinjaman direkodkan adalah RM75.76 juta; 2012 (RM73.17 juta); 2013 (RM68.46 juta); 2014 (RM63.92 juta) dan pada 2015 (RM59.37 juta).

Manakala jumlah bayaran balik pinjaman kepada kerajaan persekutuan pada 2011 adalah RM2.57 juta; 2012 (RM2.59 juta); 2013 (RM4.71 juta); 2014 (RM4.54 juta) dan 2015 sebanyak RM4.55 juta.

Zambry berkata, kerajaan negeri sentiasa memastikan peruntukan disediakan setiap tahun mencukupi untuk pembayaran balik hutang mengikut jadual ditetapkan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERANG - Seorang ibu tunggal dari Kampung Keda Bukit Ular di sini merayu agar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dapat membina semula rumahnya yang terbakar pada September tahun lalu.
  • ALOR SETAR - Budaya masyarakat zaman sekarang dilihat lebih ramai suka berhutang daripada kesedaran nak menjelaskan hutang tersebut, kata Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderuddin Ahmad.
  • KUALA TERENGGANU - Persidangan Dun diberitahu bahawa kerajaan negeri hanya mempunyai hutang berjumlah sebanyak RM893 juta sahaja dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menolak dakwaan pembangkang.
  • IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan penerima skim pinjaman Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) agar tidak menggunakan wang pinjaman untuk melangsaikan hutang.
  • MELAKA TENGAH - Usaha murni menjaga beberapa warga emas yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri menyebabkan Pusat Jagaan Warga Emas Nazareth di Klebang di sini terpaksa menanggung beban hutang hospital kerajaan yang tinggi ekoran mereka dianggap berstatus warga asing.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.