SANDAKAN - Mereka yang ingin membuat pinjaman wang dinasihat supaya tidak terpedaya dengan tawaran 'Along', dan sebaliknya membuat pinjaman dengan Pemberi Pinjaman Wang berlesen yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KKNS).
    
Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Pemberi Pinjaman Wang dan Pemegang Pajak Gadai Sabah Supt Abdul Latif Ibrahim berkata ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu.
    
Terdapat 409 PPW berlesen di seluruh Sabah, 56 daripada jumlah itu terdapat di daerah ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) di sini hari ini.
    
Katanya ramai orang mudah terpengaruh dengan perbagai iklan serta pujuk rayu pemberi pinjam wang tidak berlesen kerana tidak memerlukan prosedur yang rumit.
    
"Namun tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang serta mengundang risiko sekiranya peminjam gagal membayar kadar faedah tidak konsisten yang dikenakan oleh Along,"  katanya.
    
Abdul Latif berkata berbeza dengan 'Along", PPW berlesen telah diperakui Bank Negara Malaysia, memegang sijil bahawa mereka mempunyai pengalaman dalam hal kewangan, tidak muflis, serta tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.
    
Mengenai bengkel itu, beliau berkata bengkel itu wajib kepada PPW berlesen untuk membolehkan mereka memahami dan mematuhi undang-undang yang termaktub dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Seorang pelajar jurusan Diploma Kejururawatan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bahru membuktikan kejayaan apabila bergelar ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pada usia muda, sekali gus melayakkan dia menerima Anugerah Keusahawanan Terbaik.
  • RANTAU PANJANG - Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (Kelss) akan buat laporan polis berhubung penyebaran nombor akaun bank palsu oleh seorang individu.
  • PUCHONG - “Bagi RM10 atau saya terbalikkan meja meniaga ini,” demikian ugut dua samseng kepada penjaja pasar pagi Taman Kinrara Seksyen 1, di sini, dalam kejadian pagi Ahad lalu.
  • IPOH - Sebanyak 1,966 bunting yang memaparkan iklan pinjaman wang haram berjaya diturunkan dalam tempoh dua jam menerusi Op Vulture sekitar Ipoh, pagi tadi.
  • MELAKA TENGAH - Seorang pengurus sebuah syarikat swasta berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM5 juta selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram, dua tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.