IPOH - DAP menganggap pengedaran risalah 24 muka surat bertajuk ‘DAP Rasis’ yang dikesan sejak lima hari lalu sebagai satu situasi politik tidak matang.

Risalah berbahasa Melayu yang mengandungi beberapa paparan mengutuk tindakan dan propaganda parti itu dipercayai diedarkan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Ipoh terutama lokasi majoriti penduduk Melayu.

Setiausaha DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata, amalan yang cuba diterapkan pihak tidak bertanggungjawab dengan menyentuh politik perkauman dan agama itu sama sekali tidak rasional.

Menurutnya, ia hanya menggambarkan tindakan terdesak sebelah pihak untuk meraih kepercayaan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita anggap ini satu fitnah, apa yang dipaparkan ini sama sekali tidak benar, isu-isu yang dibawa juga sebenarnya sudah dijelaskan sebelum ini. “Buat masa ini, kita masih belum dapat mengenal pasti pihak yang terbabit, namun tidak menolak kemungkinan ia didalangi parti lawan dalam usaha memburukkan nama parti ini dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya pada satu sidang media.

Hadir sama, Ketua DAPSY negeri, Wong Kah Woh dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali. Howard berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada pihak berkaitan untuk tampil memberi penjelasan sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, penyebaran buku berkenaan bukan sahaja menyalahi undang-undang dan akta penerbitan, malah ia dikeluarkan bagi tujuan menghasut rakyat. “Kita akan tunggu maklum balas selanjutnya sebelum tindakan lanjut termasuk laporan polis dibuat,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAYAN BARU - DAP tidak akan meminggirkan pembangunan di kawasan luar bandar jika diberi mandat memerintah negara pada PRU14.
  • KUALA TERENGGANU - Gerakan disifatkan mempunyai kepimpinan yang bersih kerana sehingga kini pemimpin-pemimpin parti itu tidak terlibat dalam salah laku atau guna kuasa.
  • GELANG PATAH - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan hasrat DAP mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini sebagai sesuatu yang bernafsu besar.
  • JOHOR BAHRU - DAP Johor menggesa kerajaan mengambil alih dua lebuh raya di negeri ini yang dikendalikan oleh dua syarikat konsesi didakwa berisiko muflis.
  • KUCHING - DAP Sarawak akan mengumumkan calonnya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil kawasan Dun Pujut, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.