“Jangan ingat saya tua sudah tidak boleh memimpin, umur saja yang meningkat, semangat masih tinggi malah semakin membara…”

Itu kata semangat yang dilontarkan calon paling ‘veteran’ yang bakal bertanding di Simpang Pulai.

Datuk Chang Kon You yang pernah bertanding pada PRU 1995 (Ipoh Timur), 1999 (Sungai Rapat) dan 2004 (Chenderiang) tidak pernah menganggap usianya yang menginjak 65 tahun sebagai halangan.

Menurutnya, sebagai ahli politik yang sudah berkecimpung selama 25 tahun, sewajarnya semangat itu semakin hari semakin membakar.

Kon You tidak bertanding pada 2008 lalu menganggap pencalonan semulanya sebagai satu penghargaan dan kepercayaan kepadanya.

Pencalonan itu bakal menyaksikan Kon You bertanding dengan lawan yang jauh lebih muda iaitu Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, 31, yang bertanding atas tiket PKR.