SUNGAI SIPUT (U) - Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan meminda dan memperincikan Enakmen Hiburan Dan Tempat Hiburan 1997 Negeri Perak.

Cadangan itu disuarakan Adun Jalong, Loh Sze Yee yang berpendapat pindaan dapat memudahkan penguatkuasaan terhadap kegiatan judi haram dalam negeri ini.

Menurutnya, pindaan perlu dilakukan bagi mengelakkan pusat hiburan keluarga tanpa kegiatan judi turut menerima tempias dan mengalami kerugian.

"Pusat hiburan tersebut juga memainkan peranan dalam menggerakkan ekonomi terutamanya di kawasan bandar.

"Pindaan terperinci perlu untuk mengelakkan mereka yang melakukan aktiviti haram berselindung dan menyalah guna lesen," katanya selepas  mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Sungai Siput baharu, Superintendan Abd Fattah Abd Rahman.

Dalam pada itu, Sze Yee turut memuji kejayaan anggota polis Sungai Siput, baru-baru ini yang merampas 60 mesin judi di sebuah premis di Sungai Siput.

Mengulas mengenai pertemuan itu, beliau turut menyuarakan beberapa masalah di kawasan itu kepada Abd Fattah.

"Antara perkara dibincangkan adalah kegiatan judi haram di Sungai Siput, masalah kenderaan berat di parkir secara haram di kawasan-kawasan perumahan.

"Kita juga memberi cadangan supaya pihaknya menambah anggota polis bukan Melayu di sini bagi memudahkan kerja polis berhadapan kaum lain selain Melayu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Operasi Bersepadu di sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang dilaksanakan bagi mencapai objektif dalam memastikan premis hiburan mematuhi peraturan telah ditetapkan.
  • SEREMBAN - Seramai 23 lelaki tempatan termasuk seorang remaja lelaki bawah umur dan sembilan wanita warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam atas pertuduhan bermain judi bertaruhkan wang di sebuah pusat hiburan di Taman AST pada 30 Disember lalu.
  • ALOR SETAR - Sebuah pusat hiburan di Jalan Tembaga, Seberang Jalan Putra, di sini diserbu sepasukan polis, malam kelmarin.
  • SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyita 63 mesin permainan elektronik berunsur perjudian dalam serbuan dilakukan di dua premis di SS14 dan SS15, Ahad lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.